Cipta kata laluan yang kukuh dan selamat dengan serta-merta untuk memastikan akaun anda selamat dalam talian.
Muat turun antivirus percuma kami untuk mengimbas isu keselamatan dan prestasi, yang membantu anda membaiki isu ini dengan serta merta. Ia juga melindungi anda dalam masa nyata dengan menganalisis fail yang tidak diketahui sebelum sampai ke desktop PC atau komputer riba anda — semuanya percuma.
Ini petua teratas kami tentang perkara yang menjadikan kata laluan yang kukuh sukar untuk dipecahkan, selain menggunakan penjana kata laluan kami sendiri. Kami mencadangkan anda fokus kepada panjang, kerumitan dan keunikan kata laluan.
Soalan-soalan tentang penjana kata laluan rawak ini? Jawapan-jawapan ada di bawah!
Sudah tentu. Penjana kata laluan rawak Avast kami menggunakan entropi matematik untuk mencipta kata laluan rawak yang mengandungi nombor, huruf dan simbol. Aksara yang dihasilkan daripada penjana kata laluan automatik ini adalah rawak sepenuhnya dan tidak akan dipindahkan melalui Internet. Ini kunci untuk memberi anda kata laluan yang paling selamat semasa proses penjanaan kata laluan.
Tiada sesiapa pun termasuk Avast yang boleh melihat kata laluan peribadi anda yang sulit. Kami juga tidak menyimpan maklumat tentang kata laluan yang anda cipta menggunakan penjana kami.
Ini lima sebab utama untuk menggunakan penjana kata laluan yang kukuh:
Ya, penting untuk mempunyai kata laluan yang rumit dan unik bagi setiap akaun dalam talian yang anda miliki. Sebaik sahaja kata laluan bocor disebabkan oleh pencerobohan keselamatan, penggodam sering menyimpan kata laluan itu dalam pangkalan data kata laluan bocor. Maklumat ini juga boleh terdedah di web tertutup.
Jika mencipta kata laluan baharu untuk setiap akaun dalam talian yang anda miliki terasa membebankan, maka penggunaan penjana kata laluan kukuh kami boleh menjadi jalan yang baik bagi anda. Penjana kata laluan percuma kami mudah untuk digunakan dan boleh membantu anda menjauhkan identiti anda daripada masuk ke dalam web tertutup, tempat penggodam dan penjenayah siber dapat menggunakannya untuk kelebihan mereka.
Ini contoh 10 kata laluan paling teruk yang anda mungkin ada. Kata laluan biasa ini menunjukkan betapa mudahnya bagi sesiapa sahaja untuk memilih kata laluan yang mudah untuk digodam. Sebaliknya, gunakan penjana algoritma (seperti di atas)!
Ingat, kata laluan ciptaan manusia adalah lemah. Minda manusia tidak boleh bersaing dengan pelayan yang meneka bilion pilih atur sesaat.
Kata laluan yang digodam menggunakan perkataan dan frasa biasa. Halang serangan kamus dengan kata laluan kukuh. Tandakan halaman ini supaya anda sentiasa menjana aksara rawak pada masa hadapan.
Jenis penjana kata laluan terbaik menggunakan entropi kriptografi untuk menjana kata laluan rawak bagi penggunaan dalam talian. Walau bagaimanapun, kami telah membina penjana kata laluan Avast untuk menghilangkan kekecewaan itu sambil bertindak sebagai penjana kata laluan percuma untuk orang awam. Halaman web bergantung sepenuhnya pada peranti anda sebagai pencipta kata laluan. Penjana kata laluan rawak automatik memberi anda kata laluan yang berkualiti tinggi, selamat dan terjamin untuk digunakan dalam talian dan luar talian.
Kami telah membangunkan penjana kata laluan tulen dan kukuh yang tidak akan mencipta satu pun kata laluan palsu atau menyimpan butiran anda dalam talian. Hasilnya, tiada apa-apa yang dipindahkan dalam talian, menjadikan pengalaman ini lebih selamat. Oleh itu, gunakan penjana kata laluan kami yang selamat pada pelayar anda untuk mencipta kata laluan unik. Organisasi kami mempunyai reputasi yang menakjubkan sebagai sebuah syarikat yang mengambil serius hal keselamatan dan sekuriti.
Penjana kata laluan rawak Avast melindungi akaun anda dengan mudah. Anda boleh menjana kata laluan kukuh secara rawak dengan serta-merta pada halaman ini. Begini cara ia berfungsi:
Anda tidak akan digodam dengan Penjana kata laluan rawak kami. Mengapa? Pertama, kata laluan yang anda cipta pada halaman ini tidak dipindahkan melalui Internet. Kami juga tidak dapat melihat perkara yang anda telah jana kerana kami tidak menyimpan data ini. Tiada data yang disimpan bermakna penggodam tidak dapat mengakses, yang memastikan anda lebih selamat. Hanya anda yang boleh melihat aksara yang dihasilkan oleh komputer atau peranti mudah alih anda sendiri — dalam pelayar web anda sahaja. Kedua, kami merupakan jenama keselamatan siber yang memenangi anugerah, disokong oleh salah satu rangkaian Keselamatan Siber pengguna terbesar di dunia.
Ya, anda boleh menyimpan kata laluan dengan lebih selamat menggunakan pengurus kata laluan yang dilengkapi dengan pengesahan dua faktor dan penyelarasan selamat, sebagai contoh. Selain mengelakkan tapak web penipuan, anda juga perlu mengelakkan daripada berkongsi kata laluan anda.
Kata laluan yang selamat ialah kata laluan yang kukuh, unik dan sukar untuk dipecahkan oleh penggodam. Anda juga boleh mengikuti petua utama ini:
Untuk menampal kata laluan di tempat lain, tekan CTRL + V pada PC anda atau Command + V pada Mac anda.
Untuk peranti Android atau iOS termasuk tablet, tekan dan tahan kemudian pilih Tampal.
Avast tidak menyimpan sebarang kata laluan yang dijana oleh Penjana Kata Laluan Rawak.
Mencipta kata laluan yang kukuh sememangnya bijak tetapi tidak akan melindungi anda daripada virus dan perisian hasad lain. Untuk membantu dalam membaiki masalah ini, muat turun Avast Free Antivirus kami yang memenangi anugerah.

Memulakan muat turun....
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.